Home » » SYARAT BARU AL-AZHAR

SYARAT BARU AL-AZHAR

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Wednesday, April 13, 2011 | Wednesday, April 13, 2011


Pelajar wajib duduki peperiksaan Bahasa Arab untuk ke Al-Azhar

2011/04/01

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3E3J4-EaQBL3CvNnKERFTPL0MOij8gmLnuM5S3rCHeANOi0vMvqmyABSHWWDBAR3F4Y8-06bbkO2BmXaO1byek86D8p5QXRfHFmHADipEOHRMnW90FhNw-0AGhyx_eKv0EGCvrR4cQeLt/KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan mengikuti peperiksaan kelayakan Bahasa Arab oleh universiti itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata calon-calon yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

"Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar, manakala calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas Bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di universiti itu di Kaherah. "Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas Bahasa Arab di kolej (maahad) Bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khalid berkata, syarat baru itu dipersetujui bersama Syeikh Al-Azhar, Dr Ahmad Mohamed El-Tayeb ketika lawatan rasmi beliau selama lima hari ke Mesir pada 16 hingga 20 Mac lalu.

Dalam lawatan itu Mohamed Khaled turut bertemu rakan sejawatnya, Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir, Dr Amr Ezzat Salam.

Mohamed Khaled berkata, sehubungan syarat baru itu, sebuah kolej Bahasa Arab akan ditubuhkan berserta tenaga pengajar dari Al-Azhar.
http://www.alquermix.com/en/images/stories/Egypt_Flag_Orb_Icon__500px__Copyright___2006_Titan_Icons.jpg
Bagi mengatasi masalah penuntut Malaysia yang gagal menamatkan pengajian di universiti itu disebabkan masalah bahasa, beliau berkata, penuntut yang dikenalpasti lemah dalam menguasai Bahasa Arab akan dimasukkan ke Pusat Bahasa Arab di Kaherah.

Katanya, jika terdapat kumpulan penuntut yang gagal disebabkan kesukaran memahami pengajian di kuliah, pihak universiti akan mewujudkan kelas berbayar untuk mereka.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga akan menilai semula beberapa universiti di negara itu termasuk Universiti Mansurah, Universiti Tanta dan Universiti Zagazig bagi memastikan universiti berkenaan mempunyai persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif serta mempunyai kualiti pengajian tinggi yang sewajarnya.

Menurut rekod kementerian, terdapat 11,319 penuntut Malaysia dalam pelbagai bidang di beberapa universiti di negara itu dengan 6,135 orang penuntut bidang pengajian Islam dan 5,184 penuntut perubatan, pergigian dan farmasi. - BERNAMA

http://farm6.static.flickr.com/5244/5381997727_dd071f2174.jpg

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN