Home » » Dikebumi di laut

Dikebumi di laut

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Tuesday, May 03, 2011 | Tuesday, May 03, 2011

KENANGAN...beberapa lelaki berdiri di atas timbunan serpihan  kenderaan tentera dari tempat Obama Bin Laden  ditembak mati  dalam  serangan helikopter Amerika di Islamabad, Pakistan.
KENANGAN...beberapa lelaki berdiri di atas timbunan serpihan kenderaan tentera dari tempat Obama Bin Laden ditembak mati dalam serangan helikopter Amerika di Islamabad, Pakistan.
WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat semalam berkata, operasi tentera negara itu terhadap Osama bin Laden tidak dimaklumkan kepada sekutunya, Pakistan.
Kata pegawai yang enggan dikenali itu, semua maklumat diperoleh dirahsiakan daripada mana-mana negara, termasuk Pakistan.

“AS bertindak begitu bagi memastikan operasi berkenaan kekal rahsia sepenuhnya,” katanya.
Semalam, Presiden AS, Barack Obama, mengumumkan Osama terbunuh dalam pertempuran dengan tentera negara itu di sebuah kawasan di Pakistan selepas sedekad bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York runtuh dirempuh kapal terbang.

Kata Osama, dia mengarahkan helikopter tentera AS melancarkan serangan ke atas sebuah bangunan berkawal ketat di Abbottabad, Pakistan, hasil maklumat awal diperoleh pada Ogos lalu.

Pegawai kanan AS berkata, selain Osama, turut terbunuh dalam serangan semalam adalah tiga lelaki dewasa dan dua daripadanya dipercayai pembawa utusan bagi pemimpin al-Qaeda itu.

Seorang lagi dipercayai anak lealki Osama.

Turut maut, seorang wanita.

Kata pegawai itu, sejak serangan 11 September 2001, AS menegaskan kepada Pakistan bahawa mereka akan memburu Osama ‘walau apa pun terjadi.’ “Pakistan memang memahami sejak dulu, kita berperang dengan al-Qaeda dan AS mempunyai kewajipan moral dan perundangan untuk bertindak atas maklumat diperoleh,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN