Home » » Paderi AS Gesa Boikot Starbucks Kerana Sokong Perkahwinan Sejenis

Paderi AS Gesa Boikot Starbucks Kerana Sokong Perkahwinan Sejenis

Written By Lisanul Hakim on Monday, February 06, 2012 | Monday, February 06, 2012

Kemunculan kedai-kedai kopi dan kafe kaki lima ‘berjenama’ secara mendadak lebih sedekad lalu benar-benar mendapat sambutan di luar jangkaan apabila bilangan rangkaian kafe seumpama itu bertambah dengan kadar pesat di bandar-bandar besar seluruh negara.

Antara yang paling mendapat sambutan adalah Starbucks.

Bagaimanapun, ramai pihak yang tidak mengetahui satu perkara tentang Starbuck iaitu syarikat tersebut menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington baru-baru ini.

Seorang paderi, Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California menggesa pengguna-pengguna Starbuck supaya memboikot syarikat minuman yang terkenal itu.

Andrew juga mendakwa penganut-penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang dianggap telah menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” kata Andrew.

Gesaan boikot yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Andrew itu adalah sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Malah, Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.

Bukan sahaja Starbucks yang menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu, terdapat lebih dari 100 syarikat lain yang menyokong termasuklah Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN