Home » , » Kisah Benar : Tentang Masa Depan Mesir

Kisah Benar : Tentang Masa Depan Mesir

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Tuesday, May 29, 2012 | Tuesday, May 29, 2012


Selepas solat isyak tadi, seorang pakcik memberi salam dari belakang dan memanggil saya.

Bertanya khabar dan asal mana..
Lalu pakcik tersebut menceritakan sesuatu dan mengamanahkan saya sampaikan kepada rakan-rakan lain..

"Saya nak beritahu kamu yang sekarang ini, Mesir berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Saya minta tolong daripada kamu dan rakan-rakan kamu yang lain supaya doakan kesejahteraan Mesir selepas ini. Doakan kami ketika waktu sebelum kamu bersolat subuh.Kerana, selepas ini keadaan mesir akan menjadi sama ada sangat baik, (syariah ditegakkan dan islam dijaga) atau menjadi sangat buruk (islam dijatuhkan). Antara dua sahaja.

Tolonglah doakan. Doakanlah supaya kami dan umat islam di Mesir selamat. Bukan untuk mesir sahaja, tetapi untuk islam. (riak wajah pakcik itu sangat risau). Kamu kenal Ahmad Syafiq? (sambil menunjuk poster). Dia ini calon presiden daripada rejim Hosni Mubarak yang tumbang. Dia ini orang yang sangat berpengaruh dalam rejim itu. Dan sekarang, dia terang-terang akan memusnahkan revolusi orang-orang mesir.

Dia membuat pengakuan secara terang-terang tanpa segan dan malu di dalam media, yang Revolusi Mesir akan dia tumbangkan dan hapuskan apabila dia naik memenangi kerusi presiden. Dia akan hapuskan pejuang-pejuang revolusi termasuklah para ulama'-ulama' yang berada di Mesir ini. Kami sangat takut yang Islam akan hilang dari bumi Mesir ini.

Dia sekarang berada pada kedudukan di belakang calon yang memperjuangkan islam. Kalau dia naik, habislah kita. Jadi saya minta tolong sangat-sangat supaya kamu dan rakan-rakan kamu semua mendoakan agar orang yang betul-betul menjaga islam dapat naik menjadi pemimpin kami. Demi kesejahteraan Mesir dan umat islam yang lain di dunia.

Doalah, doalah sebelum kamu solat subuh. Kerana doa adalah senjata kita yang paling kuat. Senjata umat islam. Tolonglah doakan untuk kami.. Insyaallah. Selamatkanlah islam di sini.."

Nama pakcik tersebut Kamal. Dia hanya duduk sementara sahaja di Tanta. 

Sahabat-sahabat sekalian, perkara ini bukan perkara kecil. Perkara yang sangat besar. Insyaallah sahabat-sahabat, mari sama-sama doakan demi umat kita. 

Mari sama-sama hulurkan bantuan doa kepada saudara seiman kita. Moga-moga usaha kecil kita ini akan menjadi saham yang besar kita di akhirat kelak insyaallah..

Sampai-sampaikanlah kepada yang lain..

Sumber : Facebook

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN