Home » , , , » Dah Mati Baru Nak Kalut Pasal Aurat?

Dah Mati Baru Nak Kalut Pasal Aurat?

Written By Lisanul Hakim on Saturday, August 04, 2012 | Saturday, August 04, 2012


Entry kali ni, sumpah aku tak tuding kat sapa-sapa secara spesifik. Cuma menyatakan pandangan aku secara umum. Apa yang aku nak tulis kali ni adalah perkara yang serius. Perkara yang aku rasa ramai di kalangan kita terlepas pandang. Tak lain tak bukan, pasal aurat. Aurat laki mahupun perempuan.

Apa yang aku perasan selama ni, orang kita memang sangat prihatin dengan isu-isu kematian. Lebih-lebih lagi isu kematian perempuan-perempuan comel lotey yang tak tutup aurat. Bila ada kematian golongan macam ni, kecohlah satu ruang legar internet tanah air. Media-media panas tak terkecuali untuk membuat 'liputan' walaupun arwah telah pergi meninggalkan kita.

Apa yang pelik, masa arwah masih bernafas, kitalah yang jadi tukang like gambar-gambar dia. Kitalah yang paling rajin puji gambar comel dia. "Ehhh.. Tiutnyew awak! Gebu lah pipi awak tu!. Ayat macam ni mungkin agak keterlaluan, tapi lebih kurang macam nilah situasi yang berlaku. Bukan tu saja, malah kita jugalah yang rajin share gambar dia untuk tatapan umum. Tak cukup dengan tu, kita simpan pulak gambar-gambar dia buat koleksi. Ni mungkin langkah awal untuk menjadi lelaki gila seks.

Ni baru kat facebook. Cerita pasal blog pulak, kalau letak muka kat blog, atau juga dikenali sebagai BLOG JUAL MUKA (BJM), berduyun-duyunlah manusia follow blog tu. Pada hal isi kandungannya takdelah mantap sangat. Yang mantapnya perempuan yang jual muka tu. Follow pun kemungkinan besar sebab nak tengok dia posing untuk shooting untuk overpriced camera/DSLR dengan pakaian ketat dan tabarruj walaupun bertudung

Tapi, bila sampai berita ada orang mati, kitalah orang pertama yang kalut. Kalutlah suruh hack blog, hack akaun facebook, hack akaun twitter, dan macam-macam lagilah yang perlu digodam. Ini adalah satu bebanan baru terhadap para penggodam. Menggodam akaun facebook, twitter, dan blog orang dah meninggal yang tak tutup aurat bagaikan satu tugas baru para penggodam. Apa yang pelik, masa arwah tu hidup, tak pulak kita muhasabah arwah supaya tutup aurat, tak pulak kita suruh para penggodam hack itu ini. Kan?

Pemikiran apa ye yang sedang selubungi kita? Adakah kita hanya sayang kawan-kawan kita sesudah dia mati? Masa dia mati, barulah nak cakap, "deletelah blog ni... nanti arwah terseksa dalam kubur". Hah... Pandai pulak nak kata arwah kena seksa. Pada hal, masa dia hidup dulu, kitalah yang galakkan dia pamer aksi haram dia kat internet. Yang lelaki pulak, tayang gambar kepala lutut. Aurat ciput pun tak mampu nak tutup!

Kepada diriku, ahli keluarga, para pembaca, dan kawan-kawan sekalian, tak usahlah kita tayang-tayang aurat kita. Kalau kita berada di pihak yang benar, takde orang pun akan suruh orang delete atau hack blog, twitter, atau facebook kita. Sebab kita gunakan teknologi untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu. Bahkan, orang akan abadikan ilmu-ilmu kita. Jadi, pilihan kat tangan kita. Fikir-fikirkanlah untuk kesenangan kita di sana juga :)

====================

Aku harap bila aku dah mati nanti, takde orang akan delete atau hack blog aku :)


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati..." [Aali 'Imran(3):185]

Sumber : SoutulMujahid

1 comments:

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN