Home » , , , » Petua untuk mengelakkan dari cepat lupa..

Petua untuk mengelakkan dari cepat lupa..

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Wednesday, December 01, 2010 | Wednesday, December 01, 2010


Pelupa bukanlah satu penyakit. Ia adalah satu sifat semula jadi manusia. Manusia sememangnya dijadikan Allah sebagai mudah lupa. Asal perkataan 'manusia' itu sendiri daripada perkataan Arab 'nasia' yang bermaksua pelupa. Namun demikian, masalah lupa boleh diatasi dengan amalan-amalan tertentu.


1. Mengamalkan membaca Al-Quran
Membaca Al-Quran merupakan satu daripada jalan mengelakkan lupa. Dengan membaca sebaris ayat setelah kita selesai menunaikan solat fardhu secara istiqamah pasti kita akan mencapai ketenangan, seterusnya kita akan mudah mengingati apa yang telah dipelajari ataupun yang dilalui. Inilah keistimewaan yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada kitab Al-Quran yang mulia.


2. Jauhi perkara maksiat
Tidak kira sama ada kecila atau besar, maksiat akan menggelapkan mata hati manusia dan melemahkan daya ingatannya. Mata hati pula berkait rapat dengan otak manusia. Jika mata hati sudah gelap, maka mudahlah untuk dia melupai apa yang diingatinya sebelum itu.


3. Sihat badan minda cergas
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Ini menunjukkan satu cara untuk membina minda ialah dengancara menyihatkan badan dengan apa jua riadah yang tidak bertentangan dengan syarak.


Sains juga membuktikan setiap tindakan yang boleh membakar lemak akan menghasilkan tenaga. Tenaga ini seterusnya akan menggerakkan sel-sel dalam otak dengan lebih cergas. Apabila minda bergerak dengan cergas, ia akan menguatkan lagi daya ingatan seseorang.

Di samping itu juga, cubalah perhatikan alam sekitaryang menghijau sambil bertasbih dengan nikmat Ilahi, di mana ianya merehatkan mata dan juga fikiran serta menguatkan ingatan kita.

4. Tidak bersembang perkara yang melalaikan
Bersembang tentang sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat akan hanya membuatkan diri kita lupa terhadap perkara-perkara lain yang lebih penting. Bersembang perkara yang membuatkan diri kita ketawa yang keterlaluan, tidak memberi manfaat yang banyak kepada hati dan fikiran kita. hati dan fikiran merupakan dua eleman yang berkait rapat. Jika hati manusia lemah, akal dan fikirannya juga akan turut menjadi lemah.

5. Makanan berkhasiat otak sihat
Pemakanan yang baik bukan sahaja memberikan tenaga untuk tubuh malahan akan menjamin kesihatan otak dan minda kita. Mengambil makanan yang berkhasiat dapat memastikan tubuh menjadi sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Sekaligus menjadikan minda kita cergas dan tida mudah lupa.

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN