Home » » KEAJAIBAN AL-QURAN

KEAJAIBAN AL-QURAN

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Monday, January 10, 2011 | Monday, January 10, 2011

سم الله الرحمن الرحيم

Pertama, biar kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cendikiawan Ilmuan Islam Dr.Tariq Al Suwaidan yang diberi Allah ilmu yang sangat bermanfaat bagi menangkis 'kata-kata penafian' kafir laknatullah berhubung kerasulan Rasulullah Saw. Jika benarlah Rasulullah Saw itu bukan PESURUH ALLAH, bagaimanakah mungkin Baginda dapat menyusun Al-Quran dengan keindahan yang bakal didedahkan di bawah ini. Tiada yang mengajar Baginda Rasulullah Saw kecuali DIA Yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa. Subhanallah!!!

Dalam Al Quran (bahasa Arab) sebutan LELAKI adalah 24X, begitu juga sebutan bagi WANITA juga sebanyak 24X. Yang lain-lainnya seperti di bawah ini:-
  1. Lelaki 24X / Wanita 24X
  2. Dunia 115X / Akhirat 115X
  3. Malaikat 88X / Syaitan 88X
  4. Hidup 145X / Mati 145X
  5. Orang Biasa 50X / Rasul 50X
  6. Iblis 11 X / Minta Perlindungan dari Iblis 11X
  7. Musibah (bencana) 75X / Bersyukur 75X
  8. Sedekah 70X / Kepuasan (yang menerima sedekah) 70X
  9. Orang Yang Sesat 17X / Orang Mati 17X
  10. Muslimin 41X / Jihad 41X
  11. Emas 8X / Kesenangan (Kekayaan) 8X
  12. Taat 114X / Sabar 114X
Dan cuba LIHAT angka di bawah, yakni jumlah perkataan ini yang disebut dalam Al-Quran dan hikmah ILMU-NYA kepada manusia:-
  1. Solat - 5X disebut Allah dalam Al-Quran (Kita diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam)
  2. Bulan - 12X disebut Allah dalam Al-Quran (12 bulan dalam kalender)
  3. Hari - 365X disebut Allah dalam Al-Quran (jumlah hari bagi setahun)
  4. Lautan - 32X
  5. Tanah 13X
Mari kita lihat RAHSIA MATEMATIK yang didedahkan Allah bagi mereka yang mengkaji Al-Quran berhubung Keluasan Lautan dan Tanah. Jumlah keluasan ini juga adalah bersamaan dengan keluasan yang telah dihitung oleh para saintis barat pada zaman ini.

Lautan (32) + Tanah (13) = 45
% Keluasan Lautan di bumi adalah 32/45*100 = 71.111%
% Keluasan Tanah adalah 13/45*100 = 28.889%
% Keluasan Lautan + % Keluasan Tanah = 100%

Itu adalah antara sebahagian dari RAHSIA ALLAH dalam AL-QURAN berhubung keadaan bentuk muka bumi yang disembunyikan di dalam Al-Quran kecuali bagi mereka yang mahu berfikir dan menelitinya. TIDAK MUNGKIN ia sengaja diadakan Rasulullah Saw jika tanpa PETUNJUK ALLAH. Rasulullah Saw tidak pernah berpeluang bersekolah dan itu menjadikan Baginda sebagai seorang Buta Huruf dan tidak pantas menulis apa-apa. Allah Swt sengaja memelihara Rasulullah Saw dari sebarang ilmu persuratan (menulis dan membaca) sebelum datangnya Jibril a.s membawa wahyu (dengan perintah Allah Swt). Ini adalah kerana Allah mahu menjelaskan kepada manusia bahawa Al-Quran itu BENAR dari-Nya dan bukan sengaja diada-adakan Muhammad Saw kerana semua dari zaman Baginda hingga akhir zaman mengetahui Baginda tidak pantas menulis mahupun membaca. Jika masih ada yang BUTA dan ENGGAN mengakui kerasulan Rasulullah Saw sebagai Pesuruh Allah, sungguh mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata. Minta dijauhkan Allah ia berlaku kepada kita, keluarga dan masyarakat. Nauzubillahiminzalik!!!

SUBHANALLAH...ALLAHUAKHBAR!!!

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN