Seumur hidup aku, rasanya tak pernah lagi kalau aku pergi ke shopping
complex, aku tak nampak perempuan seksi. Kalau aku tak nampak, mungkin
aku lupa sebab masa tu aku kecik lagi. Menjengah dewasa ni, tanpa gagal
aku pasti akan nampak perempuan seksi di shopping complex.
Kalau yang kafir tu, kita sedia maklumlah. Tapi, walau sedia maklum
macam mana pun, lelaki yang tak gay, goyah juga imannya. Yang tak boleh
terima tu, wanita-wanita muslim tu. Berpakaian ketat, sendat yang
mungkin membuatkan nafas tersekat-sekat. Mungkin nafas si pemakai
pakaian ketat tu tersekat-sekat sebab pengaliran udara tak baik. Si
lelaki yang tengok pun boleh jugak mengalami nafas tersekat-sekat sebab
gelojak nafsu yang mencanak-canak.
Apa yang perlu kita fokuska adalah, 'ada baiknya' perempuan-perempuan
jenis ini terus berbogel saja apabila keluar rumah. Yalah, mereka
sebenarnya telahpun mempamerkan segala aset tubuh mereka tak kira bentuk
kaki, tangan, badan, buah dada, dan punggung. Mereka cuma membalut
aurat saja, bukan menutup aurat. Tapi, apabila disarankan berbogel,
pasti mereka malu!
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah
melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan
ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah
para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika
berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka
bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh
terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” [HR Muslim no. 3971] Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” [Al-Muwatta’, no. 1421]
Inilah kekeliruan yang membunuh. Mereka malu untuk berbogel apabila keluar rumah, tapi mereka tidak malu untuk BERPAKAIAN TETAPI BERBOGEL.
Inilah akibatnya apabila anasir-anasir jahat daripada kaum kafir dengan
mudah menerobos dalam kehidupan masyarakat hari ini. Apa saja fesyen
yang diperkenalkan hari ini, umat Islamlah yang rata-rata menjadi
'pendokong' kepada fesyen itu.
Kemudian,
apabila masyarakat mula sedar akan hakikat penutupan aurat, mereka
cipta pula fesyen-fesyen yang nampak islamik. Dikenakan tudung pula.
Tapi yang lainnya semua ketat-ketat belaka sehingga menyebabkan sang
lelaki tak tentu hala. Tak kurang juga mereka membuat fesyen jubah
terkini. Kononnya jubah tersebut adalah pakaian muslimah. Tapi ternyata
jubah tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Allah
SWT. Contohnya jubah ketat yang menampakkan bentuk dan potongan badan.
Fesyen islamik kah ini?
Kepada yang suka berpakaian tetapi berbogel, 'ada baiknya' anda hanya
berbogel saja apabila keluar rumah. Anda tidak perlu lagi untuk membeli
pakaian yang mahal-mahal. Dan anda juga sebenarnya telahpun menayang
aset anda secara percuma. Cuma, anda BALUT saja dengan pakaian
ketat tu. 'Apa salahnya' anda terus berbogel saja? Senang bukan? Sebab
anda tidak malu untuk berpakaian ketat!
Kalau tak malu untuk berpakaian
ketat, kenapa nak malu pulak apabila disarankan berbogel saja?
Inilah masalah umat yang sangat kronik. Masalah ini hanya dipandang sepi oleh pemerintah. Tiada hukuman dikenakan ke atas 'pembogel-pembogel'
ini. Tapi pemerintah kita cukup sibuk menangkap orang yang berdakwah
atas alasan mereka adalah ekstrimis, berdakwah tanpa tauliah, dan
sebagainya.
Apa lagi yang diharapkan daripada pemerintah yang meminta
bala daripada Allah SWT ini? Mereka sibuk menangkap dan mengganggu
golongan yang menggoyang kedudukan mereka, tetapi tidak sibuk untuk
menerapkan hukum-hakam Allah.
*Kepada lelaki, tak
bermakna aurat kita ciput, kita boleh sesuka hati dedahkan aurat.
Lebih-lebih lagi masa bersukan. Kalau lelaki tengok aurat perempuan
nafsu mencanak-canak, tak mustahil bagi perempuan untuk berlaku perkara
yang sama
Sumber : Soutul Mujahid
0 comments:
Post a Comment