Home » » Bertudung vs Berfesyen

Bertudung vs Berfesyen

Written By Lisanul Hakim (Ahmad Shafiq Ismail) on Friday, May 27, 2011 | Friday, May 27, 2011

http://iluvislam.com/pic/mawaryangtinggi/muslimah-berjilbab-7.jpg
Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Di dunia selamat, di akhirat hebat.

Tutup aurat bukan suruh berselubung,
Sampai tak nampak muka dan hidung,
Yang faham tuntutan amatlah beruntung,
Taklah bersungut.. mulut pun muncung.

Bertudung bukan satu paksaan,
Ia lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu lebih dikuasai syaitan,
Itulah pasal fesyen yang bukan-bukan.

Bertudung bergaya biarlah sempurna,
Tak menjadi bahan kutukan.. tak pula menambah dosa,
Pun tak usahlah terlebih gaya,
Islam itu suka yang bersederhana.

Siapa kata kita tak boleh berwarna,
Tak caya cuba tengok pendakwah-pendakwah kita,
Ustazah tetap juga bubuh warna,
Taklah sampai nampak mengancam, tapi biarlah "bernyawa".

Kalau lah memang rasa nak berubah,
Pedulikan kata orang.. bukan dia yang dapat susah,
Asal niat, matlamat dan cara kita beristiqamah,
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah.

Bersamalah kita mengkaji semula,
Pakaian kita yang bagaimana gayanya,
Andai betul belum bersedia,
Janganlah kita mencemar kesuciannya
.
Andai di hati redha dan ikhlas,
Diwajah Nur terpancar jelas,
Walaupun bergaya tak berapa kelas,
Asalkan Tuhan tahu.. di akhirat pengorbananmu terbalas.

Sumber Artikel : iluvislam.com

0 comments:

Post a Comment

BLOG INI BERMANFAAT ? LIKE PAGE KAMI !

SAHABAT SEPERJUANGAN