Home » » PENTING : Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan!

PENTING : Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan!

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Monday, June 20, 2011 | Monday, June 20, 2011

PERHATIAN : Hanya Blog2 Yang Menggunakan Platform Blogger SAHAJA.Blog2 Yang Menggunakan Selain Daripada Blogger Seperti Wordpress,dll TIDAK PERLU DITUKAR
http://www.simplyzesty.com/wp-content/uploads/2011/05/google.jpg

Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.

** untuk maklumat lanjut, klik : buzz.blogger.com , kujie.com , dan kancilbiru.com


Setahu aku, ramai yang menggunakan Blogger.com sebagai platform kan? Mesti kebanyakannya menggunakan akaun Yahoo. Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.

Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan ke pakpandir@gmail.com!
Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!


1. Create akaun gmail
Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.

2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

credit : kujie.com

Bagi yang belum tahu, bertindaklah segera jika anda menggunakan akaun selain akaun google untuk log-in ke blogger. Bagi yang menggunakan wordpress, hosting sendiri atau atau apa saja selain blogger.com sebagai platform, anda selamat! Heheh..

UPDATE : PEMBETULAN

Ada sedikit penambahan...sila rujuk artikel di buzz.blogger.com...dalam artikel tersebut Google telah mengatakan bahawa mereka tidak akan support sebarang Akaun Blogger baru yang tidak menggunakan Google Account selepas 25 Jun 2011... Dan bagi pengguna yang menggunakan akaun selain Google tetapi tidak aktif selepas 2007, maka blog mereka akan diremove/dipadamkan... Jadi tidak menjadi masalah kepada mereka yang menggunakan akaun Yahoo untuk log in ke dalam akaun Blogger mereka asalkan mereka aktif selepas tahun 2007.


Sumber Artikel : Solihin Zubir.com

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN