Home » » KENALI SIMBOL SYAITAN

KENALI SIMBOL SYAITAN

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Sunday, July 17, 2011 | Sunday, July 17, 2011



Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”.

Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN