Home » , , » Pahala Bagi Seorang Wanita Solehah

Pahala Bagi Seorang Wanita Solehah

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Tuesday, March 20, 2012 | Tuesday, March 20, 2012

Ada dua perkara yang fitrah pada diri wanita. Kemuliaan dan kehormatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, bila diterapkan secara konsiquen oleh kaum wanita, akan semakin membuat mereka dihormati oleh kaum Adam. Berikut ini simaklah beberapa kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.

Seorang wanita yang soleh lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki soleh, tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada seribu lelaki yang buruk akhlaknya.

Seorang isteri yang pandai menghibur suaminya yang sedang dalam keadaan gelisah, ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad.

Seorang wanita yang sedang hamil, lalu dia menjalankan solat 2 rakaat maka kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Seorang wanita yang meninggal dunia dalam rentang waktu 40 hari setelah melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala seperti halnya seorang laki-laki gugur syahid.

Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, bahkan memujuknya, ibu itu akan mendapat pahala ibadah.

Jika pada malam hari seorang wanita tidak dapat tidur kerana mengurus anaknya yang sakit, Allah akan memberinya ganjaran sepadan dengan usaha memerdekakan 20 orang budak.

Seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusui anaknya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadah selama 12 tahun.

Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berdzikir, Allah akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar Ka’bah.

Seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah, dan ia ikhlas untuk menanggung barangkali penderitaan kerana ditinggal suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya, dan wanita itu menanti di pintu surga.

Seorang wanita yang memerah susu lembu dan diawali dengan kalimat “Bismillahirrahmanirrahim”, maka Allah akan memberikan keberkahan rezeki bagi penduduk rumah tersebut.

Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga amanah suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke surga dari pintu mana saja yang ia sukai.

Ketika nanti di syurga, semua penghuni surga akan menemui Allah dengan frekuensi tergantung dari kuantiti dan kualiti amalnya di dunia. Tapi, bagi seorang wanita yang memelihara dirinya dari pandangan laki-laki yang bukan mahramnya, Allah sendiri yang akan menemuinya. Namun jika wanita itu memandang lelaki yang bukan mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat, Allah akan mengutuk wanita itu.

2 comments:

  1. Berita baik untuk muslimah kat luar sana..

    Alhamdulillah, gmbira dgn diri yg dberi seadanya! Trima kasih atas prkongsian motivasi diri. :)

    ReplyDelete

SAHABAT SEPERJUANGAN