Home » » Matinya Gaddafi, Umat Perlukan Perubahan Sistem bukan Penggantian Diktator

Matinya Gaddafi, Umat Perlukan Perubahan Sistem bukan Penggantian Diktator

Written By Teratak Al-Fateh Training & Consultancy on Sunday, October 23, 2011 | Sunday, October 23, 2011

Libya, 20 Oktober 2011 - Penguasa diktator kejam Muammar Gaddafi akhirnya menamatkan hidupnya dalam kehinaan demi kehinaan dengan sesuatu yang lebih hina lagi.

Gaddafi dikhabarkan telah mati kerana luka yang dideritanya selama penangkapan oleh pejuang National Transitional Council (NTC) di Kota Sirte, pada hari Khamis, 20/10/2011.
Al-Jazeera menyebut pemimpin terguling Gaddafi, ditangkap dan terluka di dekat kota kelahirannya, Sirte, pada hari Khamis, 20/10/2011, saat ia cuba melarikan diri dalam sebuah konvoi yang diserang pesawat pejuang NATO, Dewan Transisi Nasional, kata pegawai NTC Abdul Majid.

"Dia juga telah ditembak di kepalanya. Ada banyak penembakkan terhadap kelompoknya dan dia tewas," kata seorang pegawai tentera senior NTC tak dikenali mengatakan pada hari Khamis, seperti diberitakan dari Reuters.

Abdul Hakum Belhaj, seorang ketua tentera NTC, telah mengesahkan bahawa Muammar Gaddafi telah tewas kerana luka-lukanya setelah ditangkap berhampiran Sirte, al-Jazeera melaporkan.

Tubuh bekas pemimpin Libya itu dibawa ke sebuah lokasi dirahsiakan untuk alasan keselamatan, kata seorang pegawai NTC.

"Jasad Gaddafi ada dengan unit kami di dalam kereta dan kami mengambil jasadnya ke tempat rahsia kerana alasan keselamatan," kata Mohammed Abdel Kafi, seorang pegawai NTC di bandar Misrata.

Pengusa diktator yang telah banyak lumuran darah di tangannya itu dikatakan telah ditangkap semasa memandu dalam konvoi kereta yang berusahan untuk melarikan diri dari Sirte, terletak 400 Km sebelah timur ibu kota Tripoli.

Khabar penangkapan Gaddafi datang tak lama selepas pengumuman oleh kekuatan revolusioner yang mereka mengendalikan penuh Sirter setelah akhirnya mengatasi perlawanan pasukan setia Gaddafi.

Sebelumnya, Jamal Abu Shaalah, seorang komander bidang NTC mengatakan bahawa pemimpin yang digulingkan tersebut telah ditangkap.
"Dia ditangkap. Di terluka di kedua-dua kakianya. Dia sudah dibawa pergi dengan ambulans," kata Abdel Majid, pegawai tentera senior NTC.

Sebuah foto yang diambil pada sebuah telefon muncul untuk menunjukkan Gaddafi sangat berdarah, tapi belum boleh disahkan tentang keaslian gambar tersebut.

Berita itu datang tak lama selepas NTC mengepung Sirte, kampung halaman Gaddafi setelah berminggu-minggu pertempuran.

Komandan lain NTC mengatakan bahawa Moussa Ibrahim, bekas jurucakap kerajaan Gaddafi, ditangkap berhampiran Sirte.

Abdul Hakim al-Jalil, komander Briged 11, juga mengatakan ia melihat tubuh kepala angkatan bersenjata Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr.

"Aku melihatnya dengan mata saya sendiri," katanya menunjukkan gambar tubuh Jabr itu. "Moussa Ibrahim juga ditangkap dan keduanya dipindahkan ke ruang operasi kita."

Demikinlah, diktator bengis Gaddafi akhirnya menamatkan hidupnya dengan kehinaan setelah kehinaan menimpanya. Ia adalah seorang penguasa pembunuh ribuan para syuhada. Banyak para pejuang Khilafah yang syahid di tangannya.

Gaddafi, seperti para penguasa diktator lain seperti Ben Ali, Mubarak, Ali Abdallah Saleh, Bashar al-Assad, termasuk penguasa yang berhampiran dengan Barat. Namun, ketika rakyat sudah membencinya, Barat pun seolah menyokong rakyat dan bersegera mempersiapkan diktator penggantinya.

Ini betul menjadi pelajaran bagi para penguasa di negeri mana-mana bahawa para penguasa diktator dan zalim terhadap rakyatnya akan sentiasa berakhir degan penuh kehinaan. Lebih hina lagi, ketika mereka bertemu dengan Sang Pencipta kelak di akhirat.

Tewasnya Gaddafi sejak awal merupakan khabar gembira bagi rakyat yang mahukan perubahan. Namun, tumbangnya rejim Gaddafi tidak akan memberikan perubahan banyak ketika para penggantinya telah disiapkan oleh negara penjajah AS yang berusaha merampas perjuangan rakyat di negeri Afrika itu.

Umat ​​tak hanya mahukan perubahan rejim, namun umat pun memerlukan perubahan sistem daripada sistem kufur menuju sistem Islam. Umat ​​menginginkan sebuah kepimpinan baru yang tulus yang akan melayani rakyat bukan berkhidmat untuk kepentingan asing, seperti yang berlaku hari ini.

Khilafah, itulah sebuah institusi yang dinantikan oleh umat yang akan menyejahterakan umat manusia serta membebaskan negeri-negeri Muslim dari cengkaman penjajah. Khilafah akan menyatukan seluruh negeri Muslim serta mengembalikan sumber milik umat hanya kepada umat sahaja. Insya Allah, semakin dekat

Sumber : Arrayah.info

0 comments:

Post a Comment

SAHABAT SEPERJUANGAN